PPSMI dimansuhkan?

on Saturday, August 1, 2009

Hurm,aku tulis blog ni pon pasal aku kasihankan masa depan anak-anak melayu akan datang.Ini adalah pendapat aku.Terpulang kepada korang mahu menilainya atau tidak.Well,bile kerajaan mengumumkan bahawa ppsmi akan dimansuhkan aku tidak lah terkejut sgt sbb kerajaan dh bnyk kali terima kutukan dan tekanan daripada pihak yang kononnya memperjuangkan bangsa melayu.Aku secara ikhlasnya tidak setuju ppsmi itu dimansuhkan.AKu ada sebab tersendiri yang aku rasa korang pon boleh menilainya berdasarkan kewarasan akal fikiran.

AKu merupakan bekas pelajar sekolah dibawah sistem PPSMI.Syukur alhamdulillah,aku berjaya memahami subjek sains dan matematik di dalam bahasa inggeris.Parents aku tidak mempunyai kelulusan yang tinggi dan berasal dari kampung.Namun,mereka tidak membantah keputusan kerajaan pada waktu itu.Malah mereka mengalu-alukan keputusan tersebut.Ye lah,orang kampung..mne reti speaking kan?Skipping taw lah.Pada mulanya aku memaki hamun kerajaan kerana menyusahkan aku.Maklumlah,masa aku drjh 6 bahasa melayu,ttba form 1 kne inggeris.Hangin lah aku.Tapi aku anggap itu sebagai satu cabaran.So aku terus utk cuba faham bahasa inggeris walaupun lidah aku ni berbelit dgn ngomong jawa(i'm jawa ok).Sekolah aku terdiri daripada 50% bumiputera,30% cina dan 20% india.SO,aku gunakan inisiatif ini dengan mempelajari bahasa inggeris dengan bangsa bukan bumiputera.SO,sekarang ini aku boleh lah speaking ckit2.Hurm,well itu serba sedikit sejarah aku semasa sistem ppsmi.Nak taw kenapa aku sokong ppsmi?

Hujah pertama:AKu sekarang merupakan pelajar universiti di dalam bidang asasi sains hayat.Di universiti,sistem pembelajarannya di dalam bahasa inggeris.Oleh itu,aku sangat bersyukur kerana sedikit sebanyak aku berjaya menguasai bahasa inggeris ini dan mudah faham dengan ape yang lecturer ajar.Begitu juga dengan rakan2ku.Semua mudah faham.Nak taw kenapa?Of coz lah,kitaorg dh 5 tahun dengan bahasa inggeris.So memanglah kitaorg faham.Cuba ttba lecuter ajar dlm bm,mampus kitaorg x fhm.
Cuba korang bayangkan yang korang belajar sains dan matematik di sekolah dalam bahasa melayu.Tetiba bile naik universiti ttba belajar dalam bahasa inggeris.Korang rasa,korang faham x?Sebagai contohnya,copper..dalam bm disebut kuprum,ttba bile masuk u,lecturer sebut copper.Mampus korang sure balik bilik,cari kamus copper tu ape.Dh buang masa.So korang dh ley pkkan kebaikan ppsmi ni?Pembelajaran sains dan matematik di universiti adalah di dalam bahasa inggeris.Sekiranya korang dh terbiasa guna bahasa melayu di skolah,then ttba masuk u guna bahsa inggeris,lagi lah korang culture shock.Tul x kwn2?

Hujah kedua:Petang tadi,aku baru balik dari harris kt jj tebrau.Niat di hati nak cari buku chemistry.Tapi tak jumpa.AKu x kisah lah,sbb tukang jual tu kata buku tu dh habis.Tapi aku lagi pelik,aku tak jumpa pon buku rujukan sains dan matematik dalam bahasa melayu.Aku tanya penjual tu,"Abang,x de ke buku rujukan peringkat universiti dalam bahasa melayu?".Penjual tu cakap,"mana ade adik,sekarang universiti guna bahasa inggeris...seiring dengan peredaran zaman"...
Hurm,bermakna anak-anak melayu zaman akan datang,bakal ditimpa kesusahan kerana apabila mereka belajar dalam bahasa melayu bermakna mereka mesti cari buku rujukan bahasa melayu.Takkan lah korang nak beli buku bahasa inggeris dan terjemahkan dalam bahasa melayu pastu tulis dlm bahasa melayu.Buang masa dan satu tindakan yang bodoh bebal dan babun(3B).Oklah aku cabar sesiapa yang baca blog ni sila tunjukkan aku buku rujukan peringakt universiti dalam bahasa melayu dalam bidang sains dan teknologi.Aku nak tgk......Aku nak korang buktikan bahawa aku ni salah.

Hujah ketiga:Sasterawan negara pasti bijak mentafsir peribahasa ini,"melentur buluh biarlah dari rebungnya".Pembelajaran dalam bahasa inggeris,harus diterapkan dari kecil lagi.Hal ini kerana,apabila anak itu dewasa kelak,mereka sudah lali dengan bahasa inggeris dan pasti berjaya.Kenapa?Bahasa inggeris bahasa dunia.Banyak buku rujukan di luar negara mahupun di dalam negara menggunakan bahsa inggeris.Setiap tahun ramai lepasa spm pergi ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran mereka.Er...kt uni oversea tu gune bahasa melayu ke?hhahahaha,of coz lah bahasa inggeriskan.Cuba kita bayangkan kalau kita belajar dalam bahasa melayu,ttba pergi oversea bahsa inggeris,kne speaking lak tu,kan susah.Nak kata dh ade subjek bahasa inggeris pon dh cukup?Oral test pon dh ok?Ok,aku tnya korang,bahasa inggeris kt skolah tu ade ke dia sebut copper,silver,argentum n so on?ade ke?x de kan?kalu korang gi oversea,confirm korang susah nak berinteraksi dengan org kt sana.Nak buat ayat dalam bahasa inggeris memang lah boleh tapi bunyinya begini..."this kuprum can react with what?orang inggeris sure akan tanya blk,"kuprum?what the hell is that?"..hahaha,klaka kan?So,melentur buluh biarlah dari rebungnya,jangan sudah terhantuk baru nak terngadah.

Hujah keempat:AKu geram lah tgk kerajaan ni.DIa pergi mintak pendapat golongan sastera,professor akaun and so on yang tak ade kene mengena dengan sains dan teknologi.Pernah kerajaan mintak pendapat murid2 di sekolah?Tak pernah kan?Hurm,ntah lah.....no cment

Hujah kelima:PPSMI itu merupaka satu perpaduan.Nak taw kenapa?ok,kerajaan cakap apabila PPSMI dimansuhkan sekolah kebangsaan akan belajar dalam bahasa melayu,manakala sekolah jenis kebangsaan guna bahasa ibunda.Korang rasa,kaum bukan bumiputera nak ke belaja sains dan matematik dalam bm?DIorg nak ke?Confirmlah diorg x nak.SO,better diorg gi skolah jenis kebangsaan yang guna bahasa ibunda.So,apabila hal ini berlaku,maka tidak ade pergaulan diantara kaum2 di malaysia.Jadi kita tidak rasa bahawa kita ni satu malaysia.Kita pon x akan belajar adat dan budaya kaum lain.Hilang lah simbol perpaduan,hilanglah konsep 1malaysia.Perpaduan teras kejayaan.PPSMI dimansuhkan langkah kemusnahan.


SO,korang fikirkan lah yer untuk masa depan anak-anak melayu kita.Sudah lah kita dijajah dibumi sendiri.Ilmu kita pon dihadkan pula.Di mana demokrasi kita?

Apa salah ku?

on Saturday, July 25, 2009

Hurm,korang utpians sure taw kan kenapa aku post blog ni?Hurm,bkn niat aku nak malukan sesiapa,tetapi aku just inginkan satu jawapan ataupon satu titik noktah kepada persoalan yang masih belum terjawab ini.Adakah ini merupakan satu pengakhiran kepada sebuah persahabatan yang kukuh?Adakah ini berpunca daripadaku?Adakah ini balasanku setelah aku keluar utp?


Setelah aku menganggapmu sebagai sahabatku,setelah aku ceria bersamamu,inikah balasanmu terhadapku?


Jika kau terus berdiam,aku akan menganggapmu sudah tidak mahu berkawan denganku lagi.Berilah satu titik noktah kepada persoalan ini.


Berilah jawapan kepadaku wahai kamarul asraf bin kamarulzaman

Gudluck utpians

on Wednesday, July 22, 2009

Hurm,kawan2 aku kat utp masing-masing dh daftarkan diri kat ostel diorg.Tawun ni diorg duk V2 n V1.Maybe diorg seronok kot duk kt situ.Maklum lah,nak gi klas pon dekat.X perlu menempuh perjalanan dengan matahari yang mencanak tu.Kalau blk ptg pon x perlu pakai payung.Betul x syafiq?

Syafiq

Fai lak,boleh lah bangun lambat tiap2 ari.Tapi subuh jgn tinggal lak.So aku harap ko x de lah nak ponteng klas pagi yer
(walaupun aku taw klas korang isnin smpi khamis start kul 8)
huhu...Kali ni faiz rumate dengan macgregor.Macgregor tu rajin taw faiz,so ko jgn nak ponteng2 lak.Hope korang hepi lah yer

faiz n macgregor
(rumates)

Anas lak,aku dengar sem ni dia bawak keta.Keta baru gitu.Wah seronoknya korang,kami(aku dengan den) tak boleh bwk keta smpi 3rd year.Sedih taw,tp kalau ley bwk keta pon,kitaorg masih lum ade lesen.So anas jaga bek2 taw keta tu..

Anas...rindu ko seyh

Siapa lagi ekh aku lum sebut?of coz lah si radius berbahaya yang terkenal si syahril...
Syahril rindu ko seyh.Kt um ni x de syahril taw x.X de yang fesyen addict mcm ko.AKu dengar sem ni ko dpt blk sorg.Yeay,nnti ley lah kitaorg tumpang tido blk ko.ley kan syahril?So aku harap ko akan terus jd fesyen addicts k.I hereby n honestly said,i'm adore ur fashion.Harap impian ko utk jadi model akan jadi realiti

Syahril n ...


Rasanya aku dh tulis pasal kwn2 aku kt utp kot.Ops,aku maybe trlupa somebody kot.Siapa ekh?hurm.....

Eh,ni siapa ekh?Eh....ni daniel.Hahaha,daniel dh jadi rumate aku kt um ni.Kitaorg happening kot.Bershopping x igt dunia.Kalau kuar berdua tu,tgh mlm bru blk.Hahaha....Tapi siapa sebelah daniel tu ekh?hurm,x igt lah...












Menghilang...

Ramai juga pembaca-pembaca blog aku bertanyakan kepada kau kenapa aku mendiamkan diri.Sori guys,i'm a bit busy lah lately.Sekarang ni pon aku tengah demam,nasib baik aku ada daniel(rumate aku) yang concern dgn aku.thnx daniel,sayang ko

Well,aku harap korang x marah aku k sebab x update blog ni..N korang janganlah anggap blog aku ni dh berhabuk k...AKu still dgn blog ni.Aku syg giler blog ni.hahaha...cukup ko kt sini jer,sbb aku nak wat tajuk len lak....ta daa... pukul 8.30 pm

Sedih

on Tuesday, June 9, 2009

Aku tak taw kenapa malam niaku touching giler.Aku seperti merindui UTP yang telah lama aku tinggalkan.Terdapat kenangan yang indah sewaktu kewujudanku di sana.Begitu erat persahabatan antara aku dan kwn2 di utp.Tiada perbezaan antara sekolah biasa dan asrama.Kami anggap semuanya sama sahaja.Tidak terlintas difikiranku bahawa aku akan mendapat rakan dan sahabat yang baik di utp.Kehadiranku di utp tidak dirancang.Tidak didorong oleh sesiapapun.Kehadiranku di utp hanya sekadar mencuba untuk menjadi engineer.Tapi,apa yang kita rancang,semuanya ditentukan Tuhan.Setelah aku keluar dari utp,aku merasa amat menyesal.Tapi aku harus menutup sesalan itu kerana aku ingin mengejar cita2 ku untuk menjadi seorang doktor.Walaupun berat untukku melepaskan rakan2ku di utp,tapi aku yakin suatu hari nanti kita pasti bertemu jua.

Kehidupanku di um tidak seindah kehidupanku di utp.Sangat berbeza jika dibandingkan dengan utp.Di utp,aku ada kamarul,syahril,daniel,anas,faiz,mac,syafiq,syihan,taufiq,hazlam,aiman,deva,syara, halimahton n so on.Kt sini aku hanya ade daniel.Daniel?hurm....dia mmg rumate yang baik n understanding aku.Cuma di sini aku selalu keseorangan,kerana dia bersama-sama kwn2 intergrasi gopeng dia.Sedangkan aku terpaksa ikut dia ke mana sahaja.Aku tidak kisah pon.Cuma aku agak sunyi ditinggalkan sorg2.Aku akui aku mmg keluar gi kl sorg2,tapi aku ada sebab.Aku tensen.Aku nak lepaskan tensen aku.Aku lebih suka kuar sorg2 sbb tak bnyk karenah.Aku ley wat ape jer yang aku nak.Hurm kat sini lak,aku lebih suka jadi humble.Aku kalau ley x nak orang len taw aku dulu student utp.Aku tak suka dilabel sebagai pandai.Aku lebih suka hidup biasa.

Aku akui,aku memang seorang yang manja.Gedik.Manja.Ngade2,tapi aku tak suka meninggi diri.Itulah perangai aku yang childish.So,accept it or get lost.Kat sini,aku lum jumpa pengganti kamarul,anas,syahril,faiz,mac,syafiq(teman aku nak gi klas) n so on.Betul juga kata syihan."Hang kt tempat baru nnt,hang x kan jmpe kwn mcm kitaorg ni".Hurm....that's right.Setiap orang len attitude.Aku kene respect attitude orang seadanya.Aku paling benci orang showoff.Aku lebih suka berkwn dengan orang yang humble...mcm anas,walaupun dia debater dia tak pernah nak ckp gaya debater,walaupun dia orang seni dia tak pernah tunjukkan bakat dia.Aku suka orang yang matang...mcm faiz,walaupun dia keras hati,tp dia agak matang bagi aku.Aku suka orang yang berfesyen mcm...syahril,aku adore fesyen kau walaupun kau pakai barang biasa.Aku suka orang yang caring....mcm kamarul,amik berat pasal aku,tp itu dulu lah,sekarang kamarul dh ade orang len.

Hurm,aku rindu utp.Fikiran aku still kt utp,bkn kt um.Maybe aku baru 2 minggu masuk.Belum dapat sesuaikan diri.Hopefully aku dapat jumpa kawan yang lebih baik daripada apa yang aku dapat kt utp.Aku nak mencari teman seperti kamarul.Kalau boleh lebih dari kamarul.Memang orang selalu marah,jgn bergantung kt org len,tapi aku bkn bergantung,just nak kan sahabat yang boleh berkongsi cerita.Itu sahaja.Aku tak tgk harta ko,pangkat ko,bpe bnyk duit ko ade.Aku tgk hati budi kau sahaja.Hopefully Tuhan makbulkan permintaan aku.Setiap ari aku berdoa dlm sujud terakhir aku agar ditemukan aku dengan seorang sahabat sejati.hopefully aku akan dapat.InsyaAllah..

sampai sini sahaja lah post kali ni.Aku nak tido.Esok kelas pukul 10 smpi 4.Then nak gi midvalley dgn kawan2 gurl aku.Terpulang pada rumate aku nak ikut ke tak.Aku tensen.AKu perlukan hiburan,bukan tekanan.Aku masih tensen!!!!!!....adiosayonara

Di satu malam yang sunyi..

on Friday, May 8, 2009

Assalamualaikum,hmmm..aku tak taw kenapa dengan aku sejak aku kuar dari utp ni.Hidup aku seperti tak tentu arah.Itu tak betul.Ini tak betul.Semua serba-serbi tak kene.Maybe aku terlalu rindukan kwn2 aku kat utp or rindukan insan tersayang kt manjung.Hmm...tak tau lah.Kwn2 aku kt utp memang sangat baik kat aku.Walaupun bru 3 bln kenal,tp rasa mcm dah adik beradik dah.Kwn2 aku kat utp menerima aku seadanya berbanding rakan2ku di jb.Maybe inilah berbezanya orang yang duk hostel dan tidak(seperti kata daniel).Ye daniel,aku akui,dak sbp,mrsm and duk ostel mmg mempunyai ciri persahabatan yang amat erat.Ye lah,korang dulu kt asrama,tido satu dorm,mandi 1 tnds,mmg rapatlah.Tak sama aku dengan kamarul yang daily skool yg sentiasa di pampered oleh parents.Gi skolah ade orang amik.Iron baju pon mama yang watkan.Ley ponteng sekolah.Dunia ini indah.Tiada benda di dunia ini serupa.Tuhan menjadikan dunia ini penuh dengan warna-warni yakni pelbagai ragam manusia yang unik dan menarik.Pasal insan yang tersayang di manjung lak,hmmm...aku sedih sangat nak cerita.Tapi aku rasa inilah cara aku nak lepaskan ape yang terbuku kt hati aku.Kehadiran aku dunia ini hanya sementara sahaja.AKu tidak punya banyak masa.Maybe ajal aku akan datang esok,lusa or bln dpn n so on.Aku tidak puya pilihan selain terpaksa melepaskan insan2 yang ku sayangi supaya mereka tidak merindui dan meratapi pemergianku suatu hati nanti.Aku tidak mahu mereka merindui aku.Begitu juga dengan kenalan2 ku di utp.Aku minta maaf.Aku pergi begitu sahaja tanpa mengucapkan selamat tinggal seperti yang kamu harapkan.AKu sengaja berbuat begitu supaya kamu membenci aku.Supaya kamu melupakan aku.Tetapi perkara ini telah memakan diriku sendiri.Amat sukar untuk aku lepaskan insan2 yang aku sayang.Kerana aku sudah mula menyayangi mereka seperti saudaraku.

Pada ari jumaat yang lepas,aku mendapat tawaran masuk ke universiti malaya.Sepatutnya aku gembira menerima tawaran tersebut.Tetapi hakikatnya tidak.Aku masih berada di dalam kesedihan.Korang(kwn2 kt utp)...taw tak aku rindu gile kt korang.Aku rindu bilik r 01-12.AKu rindukan suara,"hoi,ko jumpa lee dong wook kt tnds tu karang".Aku rindukan radius berbahaya si syahril.AKu rindukan promoter avon.Aku rindukan best speaker english.AKu rindukan orang yg teman aku makan tiap ari,yang rawat aku demam,yang teman aku jln2 kt tasik.AKu rindukan kereta myvi merah.AKu rindukan........pemilik baju nike aku.AKu rindu sangat2.Tapi masa aku tidak banyak.Aku taw,suatu hari aku akan pergi jua.AKu akan meninggalkan kamu semua.

Sekarang ini,aku tidak punya lagi abg agkt or akk angkat.Aku tidak punya sesiapa.Kapel?Jauh sekali.AKu tidak pernah berkapel.Yang aku hanya ada ialah,rakan2ku dan juga myspace.Myspace lah sahabatku.Entahlah,dunia ini penuh sangat dengan dugaan.Ada sahaja orang yang membenci aku.ADa shja orang tak ley tgk aku hidup senang.Memfitnah aku sesuka hati.Sehinggakan orang yg aku sayang pon termakan kata2 fitnah tu.Hmmm,....ape aku boleh buat.Itu lah taqdir aku.Itulah perjalanan hidup aku sebagai manusia



Aku berasa amat sedih sekarang.Sangat2 sedih.Dan,aku harap orang yang aku maksudkan ini membaca perutusan aku yang terakhir.Wassalam..

Ikhlas daripada Muhammad Aizad Iqram bin Mohd Sani

Sajakku untuk rakanku

on Sunday, May 3, 2009

Tiada apa yang lebih indah daripada sebuah persahabatan,

Persahabatan yang terungkap di hati setiap insan,

Tiada apa yang lebih cantik daripada sebuah perikatan,

Perikatan yang erat di antara makhluk Tuhan

Tiada apa yang lebih girang daripada sebuah kenangan,

Kenangan yang memberi seribu satu makna,

Oh,Tuhan…

Peliharalah persahabatan kami,

Eratkanlah ukhwah kami,

Semaikanlah benih-benih perdamaian,

Jagalah persahabatan kami,

Sehingga ke akhir hayat,

Seperti burung-burung yang berkicauan,

Seperti ikan-ikan di lautan,

Walaupun aku hanya mengenali kau,

Hanya seketikta

Tetapi..

Aku dapat mengenal erti persahabatan di antara kita,

Aku dapat mengenal erti perikatan di antara kita,

Aku dapat menggapai seribu satu kenangan.

Setiap manusia mempunyai impian,

Tetapi tidak semua impian itu,

Menjadi reality,

Kejarlah dan gapailah,

Sementara peluang masih ada.

Aku bukan malaikat,

Yang suci dan bersih,

Aku bukan rasul,

Yang maksum dan terpuji,

Aku juga bukan ahli sufi,

Yang berilmu dan berakhlak mulia.

Aku insan biasa,

Yang tidak terlepas daripada dosa,

Yang biasa menyakitkan hati sesiapa,

Yang mungkin menyinggung perasaan manusia

Maafkan kesalahanku,

Andaikata aku,

Tersilap bicara,

Terlepas kata,

Tingkah laku yang mengada,

Kawan ialah tempat mengadu,

Tempat untuk meluahkan perasaan,

Tempat untuk bercerita

Tempat untuk berbicara.

Wahai kawan,

Dengarkanlah sajakku ini,

Hanya ini sahaja hadiahku,

Buatmu..

Wahai insan yang bergelar kawan.